selamat datang ke ruangan saya...

honeyzs ni masih baru with blog ni..
harap2 ad la y sudi join n kongsi minat bersama honeyzs...

Tuesday, 23 June 2015

coretan cerita hidupku

hari ni 23hb2015. 9:22mlm.
lagi beberapa jam genaplah umurku 26tahun.aku harap tahun ni adalah tahun yang akan memberi makna kepada aku.aku dah tak larat menanggung sakit lagi..aku harap doa-doa aku diterima Allah dan aku sihat sedia kala.ramai orang cakap aku dah tak ada harapan..tapi suami aku cakap jangan dengar cakap orang sebab bukan orang yang pegang nyawa kita.selagi Allah beri kita nyawa bersujud kepadanya dan memohon agar dosa2 kita di ampunkan dan diberi kesihatan semula.
aku adalah seorang pesakit kanser usus tahap4.ramai orang bertanya dah ada anak ke.aku jawab ovari kiri dan kanan saya dah dibuang dan tidak akan mengndung lagi.suami aku adalah segalanya bagi aku.dialah penguat semangat aku.tanpa dia aku tak tahulah masih hidup ataupun tidak.walaupun setiap hari aku merengek sakit tapi suami aku tak pernah mengeluh menjaga aku.semua kebajikan aku dijaga dari makan minum,pakaian aku,keselesaan aku didalam bilik,ubat tahan sakit aku semua dia sediakan sebelum die pergi keje.sungguh aku bernasib baik dianugerahkan seorang suami yang mengutamakan kehendakku.walaupun aku mempunyai abang2 yang ramai tapi suami aku tak pernah mengharapkan bantuan dari mereka.kerana mereka pun punyai masalah keluarga mereka.tak pernah sekali pun suami aku merungut pasal duit walaupun aku tau die kehabisan simpanan dan gaji bulanan untuk keperluan aku.terkadang aku nampak suami aku runsing.pernah aku nampak die menagis sembunyi.tapi bila aku tanya dia tak pernah luahkan.aku tau suami aku tak nak aku pikir. walhal aku sendiri tenguk beg dompet die tenguk betapa peningnye die mengatur pebelanjaan bulanan.walaupun kami menumpang dirumah orang tua suami aku.tapi aku tau gaji yang ada setiap bulan masih tidak cukup untuk menampung kos rawatan aku.sungguh aku kesian pada suami aku kerana aku tak dapat membantu malah aku menyusahkan dia.sungguh kesian kerana suami aku tiada rehat kerana setiap minggu sanggup suami aku ambil oncall rakan sekerja demi mencari duit lebih.sungguh aku tak tau nak buat macam mana dengan keadaan aku yang tak larat macam ni.doa aku semoga Allah mudahkan segala pekerjaan suami aku dan dimurahkan rezeki diberkati.jika ada yang membaca kisah saya.saya mohon doakan kesihatan saya agar saya dapat meneruskan kehidupan seperti insan2 yang lain.terima kasih.

No comments: